ARKIB

KATEGORI

Tular

Pasukan perubatan peribadi Sultan Johor bantu mangsa kemalangan

Tular

Views

Laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan pasukan perubatan peribadi DYMM Sultan Johor bertindak segera memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi, pagi tadi.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Anggota paramedik bersama juruteknik perubatan kecemasan yang ketika itu dalam penugasan mengiringi Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, kemudian memberhentikan ambulans untuk memberikan rawatan kepada mangsa, sebaik melihat kemalangan itu.

Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan susulan. DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan supaya membantu mereka yang memerlukan.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Baginda bertitah, “Saya pesan kepada mereka, semasa bertugas mengiringi jika berlaku apa-apa kemalangan kepada orang awam, segera membantu dan juga berikan bantuan yang sewajarnya.” Titah Baginda lagi, “Dalam keadaan sebegini, lupakan saya dan segera bantu mereka yang memerlukan bantuan.”

Ambulans peribadi DYMM Sultan Johor dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik, termasuk peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply