ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pasukan PETRONAS De Rooy IVECO berjaya harungi cabaran Rali Dakar 2020

Sukan Permotoran

Views

Pasukan PETRONAS De Rooy IVECO mempamerkan prestasi yang mengagumkan dalam saingan Dakar Rally Raid 2020 bagi kategori trak yang berlangsung di Arab Saudi. Pemandu pasukan, Janus van Kasteren membuktikan ketangkasannya dengan menamatkan saingan 12 peringkat di tangga ke enam, melintasi garisan penamat dengan catatan masa 51 jam 00 minit dan 33 saat, hanya 4 jam 26 minit 57 saat di belakang juara keseluruhan Andrey Karginov dari pasukan Kamaz – Masters.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Rakan sepasukannya Albert Llover, bekas peluncur ski Olimpik yang lumpuh separuh badan pula berjaya menduduki tempat ke-15 dengan catatan masa 51 jam 09 minit dan 28 saat bersama dengan Michiel Becx yang terpaksa ditunda dengan catatan masa 61 jam 13 minit dan 33 saat.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Cabaran rali tahun ini menyaksikan gabungan jentera-jentera raksasa berkuasa tinggi yang dikemudikan oleh pemandu yang berkemahiran tinggi di laluan yang sangat mencabar. Laluan kali ini meliputi 75 peratus kawasan gurun dengan jarak sejauh 7,500 kilometer menduga keupayaan memandu dan juruarah di pelbagai jenis landskap berpasir. Walaubagaimanapun, hanya 70 peratus sahaja pelumba yang berjaya melepasi garisan penamat.

Ini merupakan pentas terbaik untuk menguji keupayaan teknologi bendalir tercanggih dalam pelincir PETRONAS Urania dan PETRONAS Tutela bagi memastikan keandalan mesin, kecekapan dan prestasi terbaik dari trak Powerstar dan Trakker pasukan. Berbekalkan semangat dan motivasi yang tinggi, pasukan PETRONAS De Rooy IVECO sudah memasang impian untuk beraksi lebih baik dalam edisi ke-43 Dakar Rally Raid tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply