Semalam Proton telah melancarkan Pasukan Rali Proton R3 untuk musim 2011. Pasukan ini bakal bertanding dalam Intercontinental Rally Challenge (IRC) & FIA Asia Pacific Rally Championship (APRC). Menteri Belia & Sukan telah hadir untuk melancarkan pasukan ini. Proton Satria Neo s2000 ini bakal dipandu oleh Chris Atkinson untuk IRC, manakala Alister McRae untuk APRC. Jentera ini telah dinaiktaraf supaya dapat memberi cabaran sengit kepada jenama-jenama lain. Kuasa enjin dari Renault telah dipertingkatkan kepada 305hp berbanding sebelumnya 278hp. Pasukan ini juga telah mendapat 2 penaja baru iaitu dari Yasmin Group dan juga Sime Kansai Paints .
sumber : autoinsidermalaysia.blogspot.com
harap team rally proton R3 terus maju & cemerlang utk 2011…
bro campro,ada spyshot persona detroit electric kt paultan~
tu la, tapi gmbar belakang je..
Harap Proton R3 Rally success tahun ni. Dapat memecahkan dominasi Skoda dalam IRC dan Mitsubishi dalam APRC..
Tapi color scheme Neo dalam gambar tu macam tak menarik pulak. Harap ni bukan final color. (Huhu: peminat Rally nih)
mmm… setuju…terlalu simetrikal…
bagi aku itu dah cantik dah
THE FASTEST GROWING AUTO BLOG is not about SPEED and Mods. It’s about “Attention to detail”, unseabid opinion, honest, clear and comprehensive review. It’s No other than http://www.kensomuse.com.Go read his review and come back here tell me what can I learn from him…