ARKIB

KATEGORI

Info

Patuhi waktu larangan kenderaan berat masuk ke jalan raya utama KL, jika ingkar kompaun dan denda menanti!

Info

Views

Laman Facebook rasmi PROLINTAS Highways menerusi satu hantaran memaklumkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan peraturan jalan raya bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur (KL).

Kenderaan bermuatan berat atau melebihi 7,500 kilogram akan dikenakan kompaun dan denda sekiranya melanggar waktu yang ditetapkan untuk melalui jalan raya.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Antara jalan raya yang terlibat ialah:

  • Semua jalan di Pusat Bandar Kuala Lumpur (KL)
  • Jalan Kuching (Taman Wahyu di Jalan Ipoh – pusat bandar)
  • Jalan Genting Klang (Kolej TAR – pusat bandar)
  • Jalan Cheras (Taman Midah – pusat bandar)
  • Jalan Kepong
  • Jalan Ipoh (Bulatan Kepong – Jalan Batu Caves)
  • Lebuhraya Karak
  • Jalan Gombak (Jalan Kampung Bandar Dalam – sempadan KL)
  • Jalan Genting Klang
  • Jalan Cheras (Jalan Pudu – Jalan Tenteram)

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Semua kenderaan berat berkenaan dilarang memasuki jalan raya utama pada setiap hari bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Sekiranya didapati ingkar, kompaun tidak lebih RM300 akan dikenakan. Pesalah juga akan didakwa di mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda minimum RM300 atau maksimum RM2,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PROLINTAS Highways

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply