Pagi tadi kami ada kongsikan satu video berdurasi 43 saat di laman Facebook yang memaparkan aksi kejar-mengejar antara seorang anggota polis trafik dan sebuah kereta jenis Nissan Teana. Dalam rakaman tersebut kelihatan anggota trafik itu telah melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta dinaiki dua lelaki dipercayai pengedar dadah.
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
Menurut Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu. Tembakan menyebabkan kereta berhenti namun, kedua-dua suspek sempat melarikan diri. Polis kemudian menemui satu paket dadah disyaki syabu dalam kenderaan berkenaan.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, anggota trafik tersebut sedang menjalankan kawalan lalu lintas di Jalan Genting Klang, Setapak dan melihat sebuah Nissan Teana dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan. Anggota trafik itu cuba menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan, namun suspek memecut laju ke arah Gombak dan memasuki jalan bertentangan.
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
Semasa terperangkap dalam kesesakan, anggota terbabit dapat menahan kereta itu dan mengarahkan suspek turun tetapi suspek cuba melanggarnya. Dia kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah tayar hadapan untuk memberhentikan kereta itu.
Suspek bagaimanapun terus memecut menuju Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sebelum terhenti di tengah pembahagi jalan lebuh raya itu. Kedua-dua suspek lari meninggalkan kenderaan. Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui dadah disyaki syabu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
KOMEN TERKINI