ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Patutlah ‘cun-melecun’, rupanya pereka crossover elektrik Avatr 11 ini pernah menghasilkan rekaan beberapa model utama BMW

Info

Views

Macam tak percaya kereta keluaran dari negara China semakin cantik kan? Setelah puas ‘menciplak’ dan tercari-cari identiti sendiri, sama seperti yang pernah dirasai oleh pengeluar kereta dari Korea beberapa dekad lalu, China akhirnya menjumpai formula bagaimana untuk menghasilkan ‘rekaan yang kacak’ dan boleh menandingi pesaing dari Eropah, Jepun dan juga Amerika.

Salah satu sebabnya adalah, mereka bukan sahaja memikat eksekutif dan jurutera dari syarikat kereta Eropah, malah ‘mencilok’ perekanya juga.

Sesetengah pereka bentuk ini mungkin tidak dikenali oleh mereka di luar industri kereta, namun menurut wartawan Greg Kable, kita semua dah biasa melihat hasil kerja mereka, walaupun tidak mengenali nama atau wajah mereka.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Salah seorang daripadanya adalah Nader Faghihzadeh, yang menyertai jenama kenderaan elektrik (EV) Changan, iaitu Avatr pada 2019, yang baharu sahaja melancarkan sebuah crossover elektrik, dikenali sebagai  011 pada bulan lepas.

Model ini menampilkan teknologi pengecasan 750-volt, dilengkapi dengan teknologi swapandu Huawei Inside LiDAR yang boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 3.98 saat serta menjanjikan jarak tempuh sehingga 680 km mengikut kitaran CLTC.

Sebenarnya apa yang lebih mencuri tumpuan adalah reka bentuknya, terutama sekali pada bahagian belakang yang menggabungkan gaya SUV dan sedan bagi menghasilkan kereta yang sama sekali berbeza daripada mana-mana crossover yang berada di atas jalan raya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sebelum berhijrah ke China, Faghihzadeh telah menabur bakti selama 17 tahun di BMW dan sungguhpun begitu, mungkin tidak ramai yang mengenalinya. Seperti kebiasaan hanya nama ketua pereka yang selalu disebut-sebut, namun pada hakikatnya ada sekumpulan pereka berbakat yang bekerja dalam diam di sebalik tabir.

Jika merujuk kepada profilnya di laman LinkedIn, Faghihzadeh telah terlibat dalam hampir setiap produk utama BMW, dari i3S, i8 Roadster, iNext concept, X3 dan X4, 6-Series Coupe, Gran Coupe dan Convertible, termasuk menghasilkan reaan dalaman atau luaran untuk pelbagai generasi 7-Series.

Dan apa yang pasti, bukan Faghihzadeh seorang sahaja yang berhijrah dari barat ke timur. Mungkin China mahu membangunkan bakat-bakat pereka tempatan dan dengan menarik ramai pereka yang terkenal, mereka diberikan kebebasan untuk berkarya. Ini mungkin salah satu cara paling pantas untuk industri automotif China diterima oleh pasaran negara barat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply