ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pegangan pasaran Proton naik 2.1 peratus bulan Januari 2018 – Saga kekal model paling popular

Views

Proton telah mencatatkan jualan 4,783 unit kereta pada Januari 2018 dengan jumlah unjuran pegangan pasaran 10.9 peratus, meningkat 2.1 peratus daripada 8.8 peratus pegangan pasaran pada bulan sebelumnya. walaupun mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017.

Saga, Persona dan Exora merupakan model paling popular, merangkumi 80 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton untuk Januari 2018. Menurut Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, Saga tetap menjadi pilihan paling popular di kalangan pelanggan Proton dengan mendominasi 41 peratus jualan keseluruhan kereta Proton.

Saga yang telah menerima banyak pengiktirafan seperti anugerah ‘Value for Money Car’ pada 2016 dan ‘Compact Sedan of the Year’ pada 2017 telah menjadi pilihan 1.7 juta keluarga Malaysia sejak pengeluaran pertamanya. Generasi ketiga Saga telah banyak melalui peningkatan, pembaharuan dan penambahbaikan seperti kabin yang lebih senyap, reka bentuk yang lebih bergaya, praktikal, tahan lasak, ciri-ciri keselamatan yang mantap dan keselesaan.

Dari harga serendah RM35,590.29 atau hanya RM390 sebulan (tanpa insurans), ianya mampu dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia. Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, Proton menawarkan ganjaran kepada para pelanggannya dengan potongan harga yang hebat untuk semua model Proton, sehingga RM500 untuk Exora, sehingga RM1,000 untuk Saga, sehingga RM1,000 untuk Persona, sehingga RM5,000 untuk Iriz, dan sehingga RM13,888 untuk Perdana.

Pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pusat servis Proton untuk pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma sebelum memulakan perjalanan jauh. Untuk maklumat lanjut, hubungi Proton Customer Care di 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected] atau layari www.proton.com atau halaman Facebook www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Selain itu, aplikasi mudah alih rasmi MyProton boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply