ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pegawai kanan polis pandu Perodua Ativa rempuh penunggang motosikal dipercayai ‘microsleep’

Berita Tempatan

Views

Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Kilometer 32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram di Kuala Selangor, Selasa lalu, disahkan merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Katanya, pegawai terbabit kini sedang mendapat rawatan di hospital akibat kecederaan dalam kemalangan terbabit. “Semasa kejadian, pegawai terbabit sedang bercuti. “Kita akan ambil tindakan wajar dan siasatan telah dimulakan.

Ujian saringan air kencing pegawai terbabit negatif dadah dan berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dipercayai ‘microsleep’ (terlelap sejenak). Bagaimanapun kita tunggu laporan daripada pihak trafik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Tambahnya, polis sedang melengkapkan siasatan daripada saksi, selain rakaman kamera pemuka (dashcam) serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah di kawasan kejadian. Menurut Hussein, beliau percaya siasatan dapat dilengkapkan secepat mungkin.

Dalam kejadian pada 6.11 petang itu, mangsa berusia 57 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klang ke rumahnya di Kuala Selangor dilanggar sebuah Perodua Ativa dari arah bertentangan.

Kejadian mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kawasan parit kecil di sebelah kiri jalan. Mangsa yang juga kakitangan klinik kesihatan mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply