ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pekerja stesen minyak Shell jadi wira padamkan kebakaran lori tangki

Berita Tempatan

Views

Tindakan pantas pekerja stesen minyak Shell berjaya memadam kebakaran sebuah lori tangki minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Brother Albinus di Sibu, semalam. Menurut Astro AWANI, dalam kejadian kira-kira pukul 10.33 pagi itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimanshah berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai bomba dan penyelamat (BBP) Sibu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada oramg awam.

Katanya, kejadian itu berlaku apabila sebuah lori tangki minyak sedang melakukan pengisian ke dalam tangki minyak bawah tanah stesen minyak itu. Ketika proses sedang dilakukan, sebuah van memasuki stesen itu, lantas menyebabkan percikan api sehingga berlakunya satu letupan dan asap tebal.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu, Henderi berkata, kebakaran tidak melibatkan struktur dan pam minyak selain operasi terkawal sepenuhnya pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, beberapa pekerja stesen minyak berkenaan bertindak berani dan pantas memadamkan api menggunakan 11 unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum tibanya pasukan bomba.

Hanya seorang pekerja stesen minyak didapati mengalami luka dan cedera ringan dalam proses pemadaman itu telah dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply