ARKIB

KATEGORI

Tular

Pelana Honda C70 kena cakar kucing harga RM350 tarik perhatian warganet

Tular

Views

Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang telah mendapat perhatian ramai.

Menurut KOSMO! ONLINE, dikatakan tempat duduk ‘ori motor’ (OM) itu dikeluarkan pada tahun 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli lagi.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Namun apa yang menjadi perdebatan adalah berkenaan dengan keadaan tempat duduk itu yang kelihatan usang namun harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Rata-rata orang ramai menjadikan hantaran jualan tersebut sebagai bahan mereka untuk mengutuk sikap penjual yang hanya mahukan keuntungan berlipat kali ganda walaupun barang yang ditawarkan itu dalam keadaan tidak padan dengan harga.

“Bukan nak kata, betul lah barang ni ori motor tapi tidak beragak nak jual sampai RM350. Ini dah usang sangat ni, tak tahu dia jumpa dekat mana.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

“Memang ada harga sebab barang lama, tapi kena tengok juga keadaan barang nak dijual itu setimpal atau tidak dengan harga yang ditawarkan,” jelas Azman Hamad.

“Saya nak beli kucing yang cakar kerusi ni, mesti lagi mahal sebab kucing tu yang membuatkan kerusi nampak hebat dan bercorak,” jelas Acap RS.

“Saya doakan kepada penjualnya mendapat pembeli yang sepatutnya, saya mampu berdoa harap ada orang yang bijak membeli barang purba ini, kalau tidak kita siapa lagi,” kata Paan Sayonara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply