Nampaknya hasrat untuk kita melihat model pertama dari projek kereta nasional ketiga yang sebelum ini dijangka pada 2021 mungkin tidak menjadi kenyataan. Menurut laporan analisa yang diterbitkan oleh Affin Hwang Investment Bank, projek tersebut memerlukan dana tambahan dan bakal mengalami kelewatan.
The Malaysian Reserve melaporkan, syarikat peneraju projek itu DreamEDGE bersama rakan teknikal Daihatsu Motor Co Ltd, pada awalnya telah menetapkan kos permulaan minimum berjumlah RM600 juta, namun disebabkan mereka memerlukan rangkaian pengedar dan lain-lain kos yang berkaitan dengan pengeluaran, kosnya dijangka melonjak sehingga RM1 bilion.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Penganalisis Affin Hwang Investment Bank, Brian Yeoh berkata, pihak DreamEDGE kini sedang dalam proses rundingan dengan berberapa pihak berkaitan yang berminat untuk melabur dan mereka mensasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 3,000 unit kereta sebulan untuk jualan tahun pertama, atau 36,000 unit setahun.
Sebagai perbandingan, Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjual lebih daripada 79,000 dan 201,000 kereta penumpang dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, menurut data Persatuan Automotif Malaysia. Yeoh berkata model pertama DreamEDGE adalah kereta sedan segmen B+ yang dijana oleh enjin pembakaran dalaman atau hibrid.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
DreamEDGE merancang untuk melancarkan model pengeluaran pada separuh pertama 2022 dan mereka turut mengesahkan yang prototaip sebenar akan dilancarkan pada pertengahan tahun depan (2020). Kereta itu bakal menampilkan teknologi terkini sebagai kenderaan pintar dengan ketersambungan, sistem kenderaan pintar dan sistem bantuan pemandu termaju.
Penganalisis itu berkata pengeluaran model itu akan dilakukan menerusi pengilangan kontrak. Konsep reka bentuk dan kejuruteraan pembangunan kereta itu akan dibuat oleh DreamEDGE, manakala Daihatsu akan membantu dari segi pembangunan penjana dan pelantar kereta. Idea projek kereta nasional ketiga telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatannya ke Jepun tahun lalu.
Walaubagaimanapun, idea itu telah menerima bantahan dari pelbagai pihak yang mempersoalkan kewajaran satu lagi kereta nasional memandangkan saiz pasaran automotif tempatan yang kecil. Diperbadankan pada Mac 2007, DreamEDGE menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelesaian inovatif dalam automotif, kereta api, aeronautik dan pembuatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI