ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Info

Pelancaran Perodua D55L mungkin ditangguh ke bulan Mac?

Info

Views

Nampaknya hasrat untuk kita menyaksikan kemunculan SUV kompak Perodua D55L lebih awal mungkin terbantut seketika kerana dikhabarkan pelancarannya akan dibuat sekitar bulan Mac tahun depan. Pada awalnya, ramai yang menjangkakan model ini dilancarkan sebelum Tahun Baharu Cina, namun setakat ini ‘tanda-tanda besar’ masih belum kelihatan.

Rakan media kami di WapCar.my melaporkan, pengeluaran massa model itu sepatutnya dijadualkan bulan ini terpaksa dianjak berikutan pandemik COVID-19. Setakat ini juga, masih belum ada mana-mana cawangan pengedar mahupun penasihat jualan yang telah mula menjalani latihan produk kerana lazimnya ia akan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum ia dilancarkan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Mungkin, Perodua mengambil pendekatan selamat dengan menjalankan latihan produk secara dalam talian bagi mengelakkan tercetusnya Kluster Auto kedua selepas ia terjadi kepada Proton sebelum ini. Menurut maklumat terkini dari ejen perisik kami Mat Bond, pengeluaran massa D55L akan bermula sekitar bulan Februari 2021.

Ini kerana pembekal akan mula menghantar komponen kepada kilang Perodua pada penghujung bulan Januari tahun depan. Biasanya, pelancaran sesuatu model akan dibuat kira-kira sebulan selepas pengeluaran massa dan jangkaan kami D55L akan diperkenalkan secara rasmi sekitar pertengahan atau penghujung Mac 2021. Ini bergantung juga pada situasi COVID-19 semasa yang mungkin akan menjadi faktor kelewatannya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Kita mungkin bernasib baik jika Perodua bermurah hati untuk menayangkan iklan acah model ini lebih awal dan ada kemungkinan ia mula memunculkan diri sedikit-demi sedikit mulai bulan Februari nanti. Kami meramalkan tempahan model ini akan mula dibuka selepas Tahun Baharu Cina atau awal bulan Mac 2021.

Dikhabarkan D55L nanti akan ditawarkan dengan pilihan tiga varian, dan besar kemungkinan ia terdiri dari varian G (asas), X (pertengahan) dan AV (paling tinggi). Kami turut menjangkakan Perodua akan turut menghasilkan aksesori tambahan GearUp untuk model ini nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif