Nampak gayanya pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift yang sepatutnya dibuat bulan ini besar kemungkinan akan ditunda ke bulan April. Desas-desus mengenai perkara tersebut telah kami dengar sejak minggu lepas dan turut disahkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai. Namun buat masa ini belum ada sebarang tarikh pelancaran ditetapkan.
Punca penundaan majlis pelancaran tersebut juga tidak dapat dipastikan dan setakat ini masih belum ada sebarang tanda pelancaran akan dibuat dalam masa terdekat. Sesi pratonton kedua-dua model ini untuk tontonan umum bakal berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini (23-24 Mac 2019) di Proton 4S Indera Mahkota, Kuantan dan di Pulau Pinang.
JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?
Iriz facelift akan ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Persona facelift pula bakal ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT/CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
Kedua-dua model ini akan dilengkapi dengan ciri Arahan Suara untuk varian Premium dan telah perhalusi dari segi kadar NVH. Sebenarnya kami masih berharap agar kedua-model ini dilancarkan secepat yang mungkin. Mesti ramai yang agak kecewa dengan berita ni kan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Rayau sekitar (walkaround) – Honda Civic Type-R
KLIK UNTUK BESARKAN
Minggu ni kat Pavillion akan ada sesi pratonton kedua-dua model ini untuk tontonan umum juga.
Lembab.. Last2 buyer pergi beli jenama lain..