ARKIB

KATEGORI

Info

Pelancaran Proton X70 CKD bukan dalam masa terdekat

Info

Views

Dalam artikel sebelum ini rakan media kami di Pandulaju.com.my melaporkan, model pemasangan tempatan (CKD) Proton X70 akan dilancarkan pada 13 Disember nanti. Namun menurut risikan dari ejen Mat Bond, besar kemungkinan model tersebut tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat, atau dalam erti kata yang lain, bukan dalam tahun ini.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Menurut Mat Bond, pihak Proton masih lagi belum memutuskan tarikh pelancaran memandangkan baki stok versi CBU masih banyak lagi perlu dihabiskan. Lagipun, taklimat dan latihan untuk penasihat jualan untuk model tersebut dikatakan hanya bermula selepas minggu kedua bulan ini. Jadi, secara tidak langsung tarikh yang diwar-warkan sebelum ini hanyalah khabar angin sahaja.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Kata Mat Bond lagi, Proton dijangka bakal melancarkan model ini sekitar bulan Januari atau Februari 2020. Kami meramalkan pelancaran hanya akan dibuat selepas perayaan Tahun Baharu Cina, namun ia semuanya bergantung kepada stok CBU yang masih ada. Lagi cepat stok dihabiskan, lebih cepat tarikh pelancarannya nanti.

Apa pun, nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa. Mat Bond kini ditugaskan untuk satu misi terbaharu, buat masa ini biarlah rahsia dulu ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply