ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelanggan bantu pereka Ford hasilkan rekaan Ranger generasi baharu – Max Tran

Berita Tempatan

Views

Ford Ranger generasi terbaharu yang dilancarkan bulan lalu adalah hasil daripada pandangan dan maklum balas pelanggan serta dibangunkan melalui kaji selidik pelanggan yang menyeluruh untuk menjadikannya lebih baik.

Menurut Ketua Pereka Ranger, Max Tran dan pasukannya meluangkan banyak masa bersama pelanggan di seluruh dunia untuk memahami cara mereka menggunakan trak pikap masing-masing setiap hari.

Ford menjalankan lebih 5,000 wawancara dan merakamkan lebih 1,800 halaman nota lapangan sebagai rujukan, yang membantu membangunkan dan menjadi panduan bagi jurutera serta pereka untuk membangunkan trak pikap dengan ciri dan kemampuan yang diperlukan pelanggan.

Ujar Tran, satu contoh terbaik adalah kotak pemijak bersepadu. Dalam sesi klinik, pihaknya dapati ramai pelanggan menghadapi masalah untuk mencapai barangan di ruang barangan belakang, dari bahagian sisi trak; ramai juga yang memijak tayar belakang atau bampar untuk berbuat demikian.

Jadi mereka tampil dengan idea sebuah kotak pemijak, diletakkan di belakang roda belakang. Tambah beliau, maklum balas yang diterima sangat memuaskan dan ada yang mengatakan yang ciri itu sahaja sudah cukup menjadi alasan untuk mereka membeli Ford Ranger.

Reka bentuk luaran Ranger generasi baharu ini dihasilkan mengikut dua prinsip penting: untuk membawanya ke masa hadapan dan menzahirkan slogan Built Ford Tough.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jelas Tran, pasukannya merujuk Ranger sebagai saudara kepada F-150. Ranger telah mempunyai pengikut yang kuat sejak 10 tahun lalu, dan mereka meneruskan ciri rekaan menarik yang ada padanya untuk menghasilkan sebuah trak yang diterima di seluruh dunia.

Imej tegap trak ini memang disengajakan kerana ingin memerlihatkan rupa luaran yang gagah dan kukuh. Dari rekaan jeriji baharu yang menonjol dengan lampu utama bentuk C, lampu siang dan palang atas jeriji yang ketara hinggalah kepada lengkung roda yang menonjol, garis bahu yang menyerlah dan logo Ranger yang lebih besar di belakang.

Di belakang, lampunya direka secara harmoni dengan grafik bentuk C lampu utama di depan. Peningkatan 50 mm pada lega tanahnya serta jarak antara roda yang 50 mm lebih panjang berbanding Ranger sebelum ini juga membolehkan pereka menganjakkan lagi roda depan ke bahagian sudut, membolehkannya kelihatan lebih gagah.

Di bahagian dalam, Ranger generasi baharu ini diberikan rekaan kokpit bergaya, teknologi mesra pengguna dan kabin luas yang sarat kepelbagaian dan rasa premium. Penggunaan bahan lembut memperhaluskan lagi suasana dalaman, serta panel instrumen baharu yang memanfaatkan rekaan lebih lebar dan sekali gus menciptakan rasa yang lebih luas.

Beberapa sentuhan rekaan luarannya turut dibawa ke dalam terutama pada perincian pada corong pendingin hawa menggunakan rekaan sama seperti rekaan pada jeriji depan, serta beberapa unsur permukaan luaran turut dibawa ke ruang kabin.

Paling menonjol adalah skrin sentuh beresolusi tinggi 10.1-inci atau 12-inci di konsol tengah. Sekali lagi, maklum balas pelanggan telah dipertimbangkan untuk meletakkan pemegang pembuka pintu di kedudukan lebih rendah supaya nampak lebih selari dan memberikan capaian mudah kepada suis tingkap serta perehat lengan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Tempat duduk juga telah direka semula, dengan penampan baharu serta bahagian lembut untuk menjadikannya lebih bergaya dan selesa. Tempat duduk barisan kedua kini boleh dilipat rata dan mempunyai ruang simpanan tersembunyi di bawahnya.

Corong pendingin hawa juga tersedia di belakang konsol tengah untuk penumpang di belakang. Ada juga ruang simpanan tambahan misalya di bahagian poket pintu di depan dan juga belakang.

Ujar Pengarah, Pengurusan Barisan Produk, Trak Global, Gary Boes, menerusi maklum balas yang berguna daripada pelanggan, mereka menghasilkan Ranger yang dilhamkan pemiliknya untuk melakukan apa saja yang inginkan.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara bagi Ranger generasi baharu ini di lima kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

TarikhKawasanTempat
7-11 SeptemberKuchingVivacity Megamall
5-9 Oktober Kota KinabaluSuria Sabah Shopping Centre

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply