ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelanggan Caltex bawa pulang sebuah Mercedes-Benz C 200 AMG

Views

Chevron Malaysia Limited, menutup promosi “Wave and Win” dengan kerjasama Visa dengan mengumumkan En. Gary Yeap Zak Wang dari Pulau Pinang sebagai pemenang utama sebuah Mercedes-Benz C 200 AMG. Beliau menjadi pelanggan yang bertuah setelah membuat membuat pembayaran di stesen Caltex menerusi transaksi Visa payWave.

En. Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada En. Gary Yeap Zak Wang yang muncul pemenang utama promosi “Wave and Win”. Visa begitu komited untuk memberikan pembayaran yang lancar dan mudah untuk pemegang kadnya di Malaysia. Ini akan membantu syarikat memacu pertumbuhan pembayaran secara elektronik di Malaysia, yang sejajar dengan matlamat Bank Negara Malaysia.

En. Thilaghan Mohanadas, Pengurus Kewangan Chevron Malaysia Limited pula berkata, kepuasan pelanggan adalah keutamaan syarikat yang komited untuk mengoptimakan setiap perjalanan pengguna jalan raya di setiap stesen servis seluruh negara dengan memberikan perkhidmatan nilai tambah dan juga produk berkualiti. Sebagai pembekal bahan bakar pertama di negara yang memperkenalkan pembayaran menerusi Visa payWave di stesen servis, syarikat percaya perkhidmatan ini bakal menjadikan perjalanan pengguna jalan raya lebih menyeronokkan dengan menjimatkan lebih masa mereka.

Menurut pemenang hadiah utama En. Gary Yeap Zak Wang, promosi “Wave & Win” benar-benar menarik perhatiannya dan menjadikan perjalanannya lebih bermakna. Sejak beliau mula memandu, Caltex memang menjadi bahan bakar pilihannya. Dengan penawaran pembayaran sepenuhnya tanpa sentuhan, ia mempercepatkan dan memudahkannya untuk mengisi minyak.

Semasa tempoh promosi “Wave & Win”, 32 orang pemegang kad Visa bertuah yang membeli minyak Caltex atau barangan di kedai serbaneka Mart menggunakan Visa payWave berjaya membawa pulang hadiah bulanan StarCash bernilai RM5,000 setiap seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi akan datang dari Caltex, layari www.caltex.com.my or https://www.facebook.com/Caltex.Malaysia/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply