ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelanggan terkejut temui ‘zakar’ di parkir stesen minyak

Berita Global

Views

Penemuan zakar manusia di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan kemalangan maut di mana seorang penunggang motosikal digilis beberapa kenderaan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pelanggan stesen minyak di lebuh raya rentas negeri Interstate 10 terkejut apabila menemui anggota badan manusia itu, demikian menurut akhbar Lagniappe.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Jabatan Polis Bergerak (MPD) memberitahu bahawa kes itu tidak disiasat sebagai pembunuhan atau serangan, tetapi dikaitkan dengan kemalangan yang menyaksikan Christopher Means, 29, kehilangan nyawanya.

Means disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu.

Menurut kenyataan polis, mangsa tercampak dari motosikal dan digilis oleh beberapa kenderaan. Lebuhraya Interstate 10 ditutup berjam-jam selepas empat kemalangan berasingan pada pagi itu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Menurut MPD, mereka kini sedang mencari pemandu yang melanggar Means dan memandu pergi. Salah seorang pengguna di media sosial yang didakwa rakan kepada mangsa berkata: “Zakar yang terputus ditemui di stesen minyak bandar ini semalam.

“Ia milik mangsa kemalangan motosikal di tempat kerja saya. Badan lelaki itu berkecai dan zakarnya terpelanting di hadapan sebuah trak,” katanya.

Masih tidak jelas mengapa mangsa hilang kawalan ke atas motosikalnya, namun siasatan masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply