ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelantar minyak Naga 7 tenggelam, semua kru selamat

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 di perairan Sarawak dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu tiang sokongan. ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan tengah hari tadi menyebut kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang Isnin itu telah menyebabkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Kenyataan syarikat itu turut memaklumkan susulan kejadian, pasukan tindakan kecemasan (ERT) telah dikerah dan pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan. Keutamaan mereka adalah keselamatan petugas dan pihaknya turut mengesahkan semua kru berjaya dikeluarkan dari Naga 7.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan. Memetik laporan portal The Star, kesemua 101 kru Naga 7 berdepan detik cemas itu berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah. Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan.

Punca dan nilai kerosakan sedang disiasat. Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Offshore Life

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply