ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelbagai tawaran menarik menanti di BMW Premium Selection 2019

Berita Tempatan

Views

Selama tiga hari bermula 13 hingga 15 September 2019, BMW Group Malaysia bakal menganjurkan acara kenderaan terpakai terbesar, BMW Premium Selection. Pelbagai tawaran menarik menanti pendaftar awal, termasuklah Insurans Motor Komprehensif BMW dan MINI selama setahun secara percuma.

Pelbagai jenis kenderaan bakal dipamerkan dalam acara ini, antaranya BMW X5, BMW 3 Series, BMW 7 Series dan model-model kenderaan MINI serta motosikal dalam portfolio BMW Motorrad. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, mereka kekal komited untuk menyampaikan pengalaman pemilikan premium untuk para pelanggan.

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

BMW Premium Selection memfokuskan kenderaan yang tepat dengan rekod penjagaan yang baik dan merupakan sebuah platform bereputasi yang memudahkan aktiviti jual beli bagi pemilik BMW dan MINI. Kenderaan-kenderaan ini turut ditawarkan bersama, iaitu Waranti ‘BMW Premium Selection’ atau Waranti ‘MINI Used Car Next’ selama12 Bulan, Pemeriksaan Teknikal dan Optikal 360 Darjah, serta Rekod Servis yang disahkan dan Rekod Kenderaan yang dilakukan oleh pakar-pakar bertauliah.

Para pemilik juga layak untuk mengakses solusi-solusi pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia serta Bantuan Tepi Jalan BMW (BMW Roadside Assistance). Di samping itu, pemilik yang ingin menukar beli jentera BMW atau MINI mereka dapat menikmati pelbagai manfaat seperti penilaian khas, transaksi mudah serta penilaian kereta terpakai yang telus.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Lebih daripada 500 unit kenderaan BMW dan MINI terpakai kini tersedia untuk tatapan umum di laman web rasmi BMW Premium Selection. Sesi pandu uji bagi kesemua model yang disenaraikan di laman web berkenaan juga akan disediakan sewaktu acara tersebut.

Para peserta yang ingin mendapatkan liputan insurans selama setahun pula perlu mendaftar awal menerusi laman sesawang rasmi BMW Premium Selection bermula hari ini. Setelah mendaftar mereka kemudiannya akan menerima kod QR unik yang akan melayakkan mereka untuk mendapatkan tawaran eksklusif acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply