ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peluang naik kereta rali Volkswagen Polo GTI R5 merupakan pengalaman yang ‘sangat ganas dan kejam’ – Dr Aid Fawzal

Berita Global

Views

Mungkin ramai antara pembaca laman web ini yang mengenali saudara Dr Aid Fawzal yang merupakan pencipta konsep Nombor Fawzal yang digunakan oleh pengeluar supercar dan hypercar terkemuka. Beliau baru-baru ini berpeluang untuk menaiki jentera rali Volkswagen Polo GTI R5 dari pasukan Yuasa.

Jentera yang dipandu oleh juara dua kali Kejohanan Rali British (BRC), Matt Edwards telah muncul juara pusingan pertama Nicky Grist Stages baru-baru ini yang turut menyaksikan kemalangan ngeri Proton Iriz R5 dipandu oleh Ollie Mellors.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Aid Fawzal berkata, ini merupakan peluang terbaik buat dirinya yang suka mencari hubungan (korelasi) antara dunia simulasi dan realiti kerana beliau merupakan seorang jurutera simulasi. Untuk pengetahuan anda, beliau juga merupakan seorang ‘gamers‘ yang menyertai pertandingan rali eSukan yang dianjurkan oleh Yuasa.

Keputusan yang dicapai juga agak baik kerana beliau berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-17 daripada 139 peserta. Selain berlumba secara maya, beliau turut menyertai pertandingan fotografi yang dianjurkan dan telah berjaya muncul sebagai pemenang.

Inilah yang menyebabkan beliau diberi kesempatan oleh Yuasa untuk menaiki Volkswagen Polo GTI R5 dipandu Matt Edwards. Semasa sesi itu, hari tersebut sebenarnya merupakan hari ujian kereta di mana pemandu dan kru pasukan sedang membuat persediaan, menyesuaikan diri dan memperhalusi talaan untuk keadaan jalan berkerikil.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Beliau beruntung kerana dapat merasai sendiri pengalaman menaiki dan melihat Matt ‘mengejar batas kejuruteraan’ dan memberikan ‘serangan maksimum’ pada jentera tersebut. Lebih manis lagi, beliau merupakan penumpang pertama dan turut berpeluang ‘bersembang’ dengan pemandu rali itu sebelum sesi ujian bermula.

Kata Aid, semasa dalam kereta rali, beliau dapat merasakan ‘G-force’ yang terhasil sewaktu jentera cilik tersebut bergerak bukanlah sesuatu yang pernah beliau alami sebelum ini. Kebingitan deruman enjin, kawalan pelancaran, anti-lahu, bunyi pasir dan batu yang terpelanting di bawah kereta serta pokok dan semak di tepi jalan yang sempit memberikan pengalaman menarik, ‘sangat ganas dan kejam’.

Sewaktu Matt memandu, beliau cuba perhatikan pelbagai perkara dan begitu banyak maklumat untuk diserap. Apa yang beliau dapat katakan adalah, apa yang kita ada pada simulator rali hanyalah sebahagian kecil daripada dunia realiti.

Dengar cerita beliau pun dah cukup mengujakan. Tahniah Dr Aid Fawzal!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aid Fawzal

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply