ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peluang untuk memiliki Vios Sports Edition dan lawatan ke Tokyo Motor Show 2017 menerusi kempen ‘Beli dan Menang’ Toyota

Views

Ini peluang baik pemilik yang membeli kenderaan keluaran Toyota baharu! Sehingga 30 September 2017, mereka yang membeli kenderaan dari mana-mana bilik pameran Toyota seluruh negara berpeluang memenangi hadiah utama berupa Toyota Vios Sports Edition dan 45 pemenang lagi akan dibawa ke Tokyo Motor Show 2017 menerusi kempen ‘Beli dan Menang’.

UMW Toyota Motor juga menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 untuk model terpilih seperti Toyota Vios, Camry, Hilux Double Cab, Corolla Altis, Fortuner, Sienta dan Avanza. Pembeli Vios baharu turut menerima aksesori percuma bernilai RM4,000 manakala untuk pembeli Corolla Altis mendapat aksesori percuma bernilai RM5,700.

Untuk meraikan sambutan Hari Merdeka, pembeli Vios baharu akan menerima Ganjaran Merdeka bernilai RM500. Kepada graduan, mereka boleh memiliki Toyota Vios baharu dengan lebih mudah menerusi ‘Toyota Easy GradSCHEME’ yang menawarkan bayaran ansuran bulanan serendah RM675 (menurut terma dan syarat).

Sempena Vios Challenge yang merupakan acara utama di Festival Perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing (TGR), Toyota telah memperkenalkan versi ekslusif yang diinspirasikan dari kereta lumba, Vios Sports Edition dengan harga RM85,000. Model ini menerima pakej suspensi sport yang mampu meningkatkan pemanduan disamping aerokit yang sporty dan pelekat badan yang hampir menyerupai jentera sebenar.

Hujung minggu ini akan berlangsung acara Showroom Weekender yang akan diadakan di bilik pameran Toyota pada 11 dan 13 Ogos (11 dan 12 Ogos di Kelantan dan Terengganu) dengan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga, jamuan ringan dan banyak lagi. Untuk mengetahui lokasi bilik pameran Toyota seluruh Malaysia layari toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply