ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pelumba CP150 Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia 2021 kembali beraksi hujung minggu ini

Berita Tempatan

Views

Saingan sengit CP150 bakal bersambung hujung minggu ini di Litar Sepang Utara setelah Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia tertangguh lebih 5 bulan akibat Covid-19. Saingan CP150 musim ini agak sengit menyaksikan enam pelumba berbeza bertukar kedudukan podium.

Selepas tamat dua pusingan, Nazirul Izzat Bahauddin yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mendahului kedudukan keseluruhan dengan 29 mata setelah berjaya melakar kemenangan pertama bersama pasukan baharunya itu.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ini membolehkannya merampas kedudukan pendahulu kejuaraan daripada pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Muzakkir Mohamed dengan hanya perbezaan 1 mata. Pelumba ‘rookie’ dari pasukan SCK Honda Racing Team, Izam Ikmal kini di tangga ketiga dengan keseluruhan 25 mata, hanya 3 mata dari pendahulu kejuaraan.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing kini mendahului kedudukan keseluruhan pasukan dengan jumlah 48 mata, diikuti rapat oleh ONEXOX TKKR Racing Team dengan jurang 3 mata manakala PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di tempat ketiga dengan 40 mata.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Setelah tertangguh lebih 5 bulan, semua pelumba ternyata tidak sabar untuk kembali beraksi pada Pusingan 3 dan 4 yang akan berlangsung di Litar Sepang Utara dari 17-19 September 2021. Perlumbaan ini yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Malaysian Cub Prix.

Penonton siaran langsung ini juga berpeluang memenangi sebuah motosikal pada setiap pusingan serta pelbagai hadiah bernilai RM100,000 dalam peraduan ‘Siapa Punya Motor?’.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysian Cub Prix

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply