ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Pelumba pasukan Repsol Honda promosi tunggangan selamat di Malaysia

Views

Di Litar Antarabangsa Sepang semalam telah berlangsungnya Hari Bersama Pasukan Repsol Honda yang menampilkan duta global mereka, Juara Dunia Tujuh Kali, Marc Márquez dan Juara Dunia Tiga Kali Dani Pedrosa. Mereka mempromosikan kesedaran jalan raya dan keselamatan diri kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada majlis tersebut.

Acara tersebut menyaksikan penyertaaan seramai 30 orang pelajar sekolah di sekitar Sepang dan mereka mempelajari betapa pentingnya pakaian keselamatan, mempunyai lesen yang sah, latihan dan kelajuan daripada pelumba bertaraf dunia tersebut. Kanak-kanak tersebut adalah dari beberapa sekolah seperti SMK Sg Rawang, SMK Seri Sepang, SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SMK Pantai Sepang Putra, SMK Sg Pelek, and SMK Dengkil.

Inisiatif dari Repsol Malaysia ini adalah sebahagian daripada komitmen jangkauan komuniti untuk menangani isu kritikal kemalangan jalan raya di Malaysia. Mengikut laporan Jun 2017 oleh Bloomberg, kadar kemalangan di jalan raya Malaysia berada pada tempat ketiga tertinggi di dunia, sekaligus mencerminkan keperluan segera bagi kesedaran keselamatan jalan raya. Keselamatan adalah antara tonggak utama CSR untuk Repsol dan mereka berusaha untuk mencapainya dengan memberi kesan positif terhadap komuniti yang dikendalikannya.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Kempen kesedaran keselamatan Repsol Malaysia ini telah dianjurkan setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2013 untuk mempromosikan keselamatan kepada penduduk yang lebih muda. Selama bertahun-tahun, kempen ini telah memberi manfaat lebih daripada 11,000 pelajar sekolah rendah di Sabah & Terengganu. Inisiatif ini memberi kesedaran awal kepada anak-anak sekolah muda mengenai pentingnya keselamatan diri untuk meminimumkan risiko kemalangan jalan raya.

Repsol juga telah bekerjasama dengan agensi kerajaan tempatan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program ini. Repsol dan Honda telah mengekalkan perkongsian mereka sejak 1994, memacu Pasukan Repsol Honda di MotoGP untuk menjadi salah satu perkongsian paling berjaya dalam sejarah sukan permotoran.

Kerjasama ini melampaui penajaan semata-mata, kerana Repsol membangun dan menghasilkan bahan api lumba dan pelincir yang berkuasa dan melindungi enjin Honda canggih, dan menggunakan pengalaman ini untuk membangunkan bahan api perlumbaan dan pelincir mewah untuk kegunaan seharian. Marc Márquez dan Dani Pedrosa adalah dua duta besar jenama Repsol yang merangkumi nilai-nilai organisasi dan akan membawa banyak pengetahuan dan pengalaman.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply