ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Audi TT putih diburu polis

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu rakaman video di Facebook yang memaparkan seorang pemandu sebuah motokar jenis Audi TT berwarna putih yang menghalang seorang wanita sambil menunjukkan isyarat lucah, selain merakam gambar mangsa.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Harian Metro melaporkan, polis Seri Alam kini sedang memburu lelaki tersebut dan menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, mangsa seorang wanita berusia 26 tahun telah membuat laporan, jam 9.41 pagi di Balai Polis Johor Jaya, Jumaat lalu.

Kata beliau, bertindak atas laporan itu pihaknya kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. Tambahnya, polis sedang cuba mengesan dan menahan suspek dan berdasarkan keterangan saksi dan video yang tular itu, pihaknya sudah mengenal pasti pemilik kereta namun belum menemuinya.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Tambah beliau lagi, orang ramai yang mengenali atau tahu di mana suspek berada di minta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Dalam video yang tular berdurasi empat minit 28 saat itu, kelihatan seorang pemandu wanita melalui Giant Plentong sebelum tiba-tiba dipintas sebuah Audi TT putih yang kemudiannya memberhentikan kereta berkenaan.

Seorang lelaki kemudiannya keluar dari kereta tersebut berhampiran Shell Plentong sambil berkata ‘Bengong, tau bawa kereta tak tau…’ menyebabkan wanita berkenaan turut membalas dengan mengatakan hanya memandu di dalam lorongnya. Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply