ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu BMW ini kena bayar 75 kali ganda nilai saman gara-gara tunjuk ‘jari tengah’

Berita Global

Views

Inilah yang dinamakan sengaja ‘cari penyakit’, kan dah mendapat habuan dia. Walaupun Autobahn diibaratkan sebagai syurga bagi ‘si kaki pecut’ tanpa perlu risau disaman dengan nilai tinggi, seorang pemandu BMW X5 generasi kedua menerima pengajaran paling berguna dalam hidupnya.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Menurut portal motor1.com, pemandu tersebut bukan sahaja dikesan memandu melebihi kelajuan 70 km/j yang hanya perlu membayar saman sebanyak €20 (RM99), namun gara-gara bertindak ‘kurang ajar’ dengan menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) yang dirakam oleh kamera, dia terpaksa membayar saman sebanyak €1,500 (RM7,405).

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Polis Oberfranken nyata tidak berpuas hati dengan kelakuan tidak senonohnya itu dan mengemukakan tuduhan terhadapnya kerana menghina pihak berkuasa. Mahkamah Daerah Kulmbach menggandakan nilai saman itu kepada 75 kali ganda dan mengenakan larangan memandu selama sebulan kerana tingkah laku tersebut.

Meskipun Autobahn kekal sebagai lebuh raya untuk kaki pecut, ada beberapa kali cubaan sejak kebelakangan ini untuk mengenakan sekatan. Tahun lalu, sebuah pari politik mencadangkan had kelajuan 130 mph bukan sahaja di lebuh raya itu, malah untuk semua lebuh raya yang lain. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan kerana majoriti ahli parlimen di Jerman telah mengundi untuk menolak cadangan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply