ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu BMW ‘sengaja langgar lari’ tiga kenderaan berjaya ditahan, merupakan pesakit mental

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta jenis BMW yang tular di media sosial angkara merempuh tiga buah kenderaan ‘secara sengaja’ di dua lokasi berasingan akhirnya berjaya ditahan polis, semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE,  Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, pihaknya terkesan dengan tiga buah video yang tular menerusi laman Facebook Muqri Abdul Jabar baru-baru ini yang memaparkan kereta jenis BMW telah melarikan diri sebaik melanggar tiga kenderaan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku beberapa hari lalu antara pukul 3.30 hingga 4 petang di Jalan 6/108C, Taman Sungai Besi dan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) melibatkan BMW dan tiga buah kenderaan masing-masing sebuah kereta dan dua motosikal.

Melalui video tersebut didapati suspek yang bergerak dari arah Kuchai Lama menghala Taman Sungai Besi telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Bezza yang sedang berhenti di lampu isyarat Jalan 6/108C.

Selepas rempuhan, suspek tidak memberhentikan kenderaannya sehingga di BESRAYA, suspek kemudiannya merempuh bahagian belakang motosikal jenis Kawasaki Vulcan yang sedang bergerak di lorong paling kanan.

Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal telah terjatuh dan hanya mengalami kecederaan ringan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Menurutnya, suspek juga tidak memberhentikan kenderaannya selepas perlanggaran kedua dan terus bergerak di BESRAYA sehingga merempuh bahagian belakang motosikal jenis Honda RS150R yang sedang bergerak di lorong tengah.

Akibat rempuhan berkenaan, penunggang motosikal terjatuh dan mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki.

Tegas beliau, suspek yang berumur 37 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dan telah dibawa ke Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental dan kini telah ditahan di Wad Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply