ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu disyaki terlelap punca nahas bas ekspres dekat Terowong Menora

Berita Tempatan

Views

Polis menahan pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan sehingga menyebabkan 14 penumpang cedera di KM265 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Terowong Menora awal pagi tadi.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu berusia 37 tahun itu disyaki terlelap seketika semasa memandu hingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 pagi berkaitan sebuah bas yang terbabas dan terbalik dalam longkang. Siasatan mendapati bas yang dipandu dari Kulim, Kedah menuju ke Kuala Lumpur itu membawa 14 penumpang termasuk tiga wanita serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 14 hingga 59 tahun.

Difahamkan kejadian berlaku ketika bas sedang menuruni kawasan berbukit tidak jauh selepas keluar dari Terowong Menora. Beliau berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menerima rawatan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dua penumpang berusia 33 dan 40 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah di pinggang serta kepala, manakala yang lain cedera ringan. Semakan lanjut mendapati pemandu yang cedera ringan di kaki mempunyai 19 saman bekaitan kesalahan trafik sebelum ini.

Mohamed Nordin berkata, lokasi kejadian merupakan jalan menurun bukit dan berselekoh. Katanya, kemalangan itu menyebabkan bahagian atas serta kiri bas remuk. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply