ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Kancil lusuh disaman, dua kereta disita

Berita Tempatan

Views

Polis mengeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu awal pagi tadi, terhadap pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang tular menerusi aplikasi TikTok kerana tiada bumbung. Menurut Berita Harian, lelaki berusia 47 tahun berasal dari Raub, Pahang itu disaman ketika memandu kereta berwarna kuning berkenaan di Bandar Metropolitan, Kepong, pada jam 1 pagi tadi.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan dan tayar depan kanan pecah. Kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna lain.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Katanya, kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. Tambah beliau lagi, pemandu itu kemudian menunjukkan sebuah lagi kereta Kancil berwarna hijau yang tiada mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply