ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu KIA Cerato lawan arus ditahan

Berita Tempatan

Views

Isnin lalu tular di Facebook video berdurasi satu minit 30 saat yang memaparkan aksi sebuah kereta jenis KIA Cerato dipandu secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan sebuah restoran makanan segera di Klang Sentral di Klang. Menurut Berita Harian, polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta tersebut, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara.

Jelasnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis KIA Cerato yang digunakan lelaki berkenaan dalam kejadian itu. Katanya, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas berjumpa rakan dan tidak arif dengan selok belok di kawasan dan jalan serta menggunakan aplikasi Waze sebagai tunjuk arah jalan.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Tambahnya, pemandu itu kemudiannya cemas apabila tersalah masuk lorong dan terus memandu melawan arus. Beliau berkata, ujian awal saringan dadah juga sudah dijalankan kepada pemandu dan keputusannya negatif.

Katanya, ujian alkohol pula tidak dilakukan kerana tarikh kejadian sudah melebihi 40 jam dari tarikh tangkapan dan tidak berkesan untuk menguji kandungan alkohol. Tambah beliau lagi, lelaki itu kini direman selama satu hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply