ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu lori maut terkena panahan petir

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori warga tempatan maut selepas dipanah petir di Permata Kuari, Rawang, semalam. Menurut K! ONLINE, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira pukul 4 petang di kawasan kuari berkenaan.

Sebaik selesai memarkir lori kira-kira 50 meter dari tempat muatan batu, mangsa telah keluar dari lori tersebut untuk mengikat tali kanvas sebelum dipanah petir.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Mengulas lanjut, mangsa yang terkena panahan petir itu telah terbaring di sisi lori dan pihak ambulans dari Hospital Selayang telah mengesahkan kematian mangsa.

Pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply