ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu lori rempuh lima kenderaan direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan enam kenderaan di lampu isyarat di Jalan Ipoh Sentul, petang semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, perintah tahan reman itu diperoleh bermula hari ini.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Semalam, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya dirempuh lori berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, terdapat empat lagi kenderaan terlibat kenderaan jenis Myvi serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL.

Sarifudin memaklumkan siasatan awal mendapati lori dipandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu hilang kawalan di lampu isyarat dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

Pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang.

Hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya dibawa ke Ibu pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply