ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu lori tangki potong barisan guna lorong kecemasan serah diri

Berita Tempatan

Views

Pemandu lori tangki yang dikesan memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dalam sebuah video yang tular di Facebook telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson petang semalam.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 34 tahun itu telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 2.45 petang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, lelaki berkenaan hadir setelah video rakaman beliau memandu di lorong kecemasan telah ditularkan di media sosial.

Semalam tular video berdurasi 16 saat di media sosial Facebook memaparkan sebuah lori tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, sembilan pemilik kenderaan yang turut dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan masih belum tampil menyerah diri selepas video berdurasi 43 saat tular di Facebook ‘Port Dickson Area’.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kejadian yang berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang, Ahad lalu menunjukkan pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply