ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu mabuk bakal dihukum penjara 20 tahun, denda RM100,000 – Lim Guan Eng

Berita Tempatan

Views

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman lebih berat terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Ia termasuk menaikkan denda daripada tidak lebih RM20,000 sehingga RM100,000 dan penjara 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Lim Guan Eng menjelaskan, hukuman yang lebih berat perlu diteliti oleh kerajaan agar kesalahan itu tidak dipandang ringan oleh pengguna jalan raya, selain ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang lain.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Kata beliau, kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi lima beradik yang kehilangan bapa mereka, Khairizul Mohamad Noor, 39, selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai mabuk dalam kejadian Ahad lepas di kediaman keluarga itu di Jalan Hj Mohd Saad, dekat Bagan Jermal. Akibat kejadian itu, Khairizul Mohamad meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Isterinya, Zuriana Hasan, 35, cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan masih dalam keadaan koma. Dalam lawatan berkenaan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada lima orang anak pasangan itu yang berusia 16 tahun sehingga setahun sembilan bulan.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri, agensi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, termasuk pejabat Parlimen Bagan menyampaikan sumbangan kepada keluarga ini dan beliau mengucapkan takziah kepada mereka serta berharap ibu kanak-kanak ini akan cepat sedar dan sembuh.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan terus berikan bantuan dan perhatian kepada keluarga ini. Beliau turut berharap siasatan mengenai kejadian malang itu dapat diselesaikan segera oleh polis dan pemandu mabuk yang terlibat akan dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Lim Guan Eng

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply