ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu mabuk lawan arus sebabkan kematian direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, seorang peraih ikan yang memandu melawan arus dipercayai mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Alam Flora malam tadi direman selama empat hari bermula hari ini.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Perintah tahanan reman sehingga 29 Mei terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Najwa Hashim bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. Lelaki tersebut yang memakai baju-T putih dan seluar pendek hitam dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan, pada kira-kira jam 11 pagi tadi.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Dalam kejadian malam tadi di Jalan Pintasan Kuantan, mangsa Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh oleh kereta Toyota C-HR yang dipandu peraih ikan tersebut secara melawan arus serta dalam keadaan berbahaya.

Lelaki itu turut cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan sebelum direman. Mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas selesai ujian COVID-19. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply