Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Lamborghini yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 57.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur di sini hari ini.
Kejadian berkenaan turut mengakibatkan seorang wanita yang juga penumpang kenderaan berkenaan mengalami kecederaan.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.06 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian dengan dua buah jentera bomba.
Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari Balai Bomba Bentong, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dan terbakar 100 peratus.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Seorang lelaki dewasa yang juga pemandu telah tersepit di dalam kereta manakala seorang wanita yang juga penumpang telah dikeluarkan daripada kenderaan dan di bawa ke hospital oleh orang awam.
Beliau berkata, mangsa yang tersepit di dalam kenderaan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Bernama TV
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI