ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu menang tuntutan terhadap MPKj, kereta rosak angkara jalan berlubang

Views

Seorang lelaki memenangi tuntutan pampasan terhadap sebuah majlis tempatan selepas keretanya mengalami kerosakan akibat jalan berlubang.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Fahrurrazi Hamid membawa tuntutan terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ke mahkamah untuk mendapatkan pampasan bagi dua tayar dan empat rim tayar, antara lainnya.

Mahkamah berpihak kepadanya dengan memerintahkan MPKj menyelesaikan tuntutan sebanyak RM2,980, merangkumi kos empat rim (RM1,800), satu tayar (RM800), ruang pelaras (RM180), dan caj tunda (RM200).

Ketika Fahrurrazi memandu pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Taman Perniagaan Budiman pada September 2020, keretanya melanggar lubang pada jalan, menyebabkan tayar dan rim kiri belakang keretanya rosak.

Keesokan harinya, selepas gagal mencari rim dengan reka bentuk yang sama, dia terpaksa menggantikan keempat-empat rim dan dua tayar dengan kos keseluruhan RM3,580.

Fahrurrazi memfailkan tuntutan terhadap MPKj dan hanya ditawarkan RM1,430 daripada Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans majlis tempatan itu, sebagai pampasan bagi kos satu tayar dan satu rim.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Selepas permintaan untuk jumlah disemak ditolak, beliau membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi dimaklumkan bahawa tribunal itu tidak mempunyai bidang kuasa berhubung perkara itu.

Dia kemudian memfailkan tuntutan kecil di Mahkamah Majistret Kajang dan perbicaraan berlangsung pada 15 Julai tahun ini.

Mewakili dirinya di mahkamah, Fahrurrazi menjelaskan mengapa dia terpaksa menggantikan keempat-empat rim itu dengan kos RM450 bagi setiap rim terpakai.

Kata Fahrurrazi, dia tidak menemukan rim dengan reka bentuk serupa untuk menggantikan rim yang rosak dan rim terpakai juga lebih murah berbanding membeli empat rim baharu, yang berharga RM687.50 setiap satu, atau RM2,750 bagi kesemuanya.

MPKj yang diwakili penolong pegawai undang-undang Muhidin Mahmud menyatakan pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelenggara semua jalan bawah bidang kuasanya dan menafikan liabiliti.

Muhidin mendakwa, pemanduan melulu Fahrurrazi menjadi punca kejadian, seperti yang terbukti dengan rim dan tayar yang rosak.

Muhidin juga menyatakan bahawa tuntutan penggantian keempat-empat rim adalah pengayaan yang tidak adil kerana hanya satu rim yang rosak.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Majistret Noor Firdaus Rosli memutuskan MPKj bertanggungjawab sepenuhnya atas kerosakan yang dialami kereta Fahrurrazi. Katanya, melihat gambar daripada plaintif, memang wujud lubang sambil menambah, jelas bahawa jalan itu tidak diselenggara dengan baik.

“Mengenai sama ada plaintif menyumbang kepada kerosakan itu, dapatan saya adalah negatif. Kejadian berlaku pada waktu malam, dan mana-mana orang munasabah tidak boleh diharapkan untuk menyedari dan mengubah haluan kenderaan mereka untuk mengelak lubang itu,” kata Noor Firdaus.

Mengenai hujah yang dikemukakan oleh MPKj bahawa wujud unsur pengayaan yang tidak adil dalam menggantikan keempat-empat rim, majistret berkata, tidak masuk akal jika kereta boleh dipasang rim berbagai-bagai reka bentuk.

Memetik Kertas Teknikal SAE bertajuk “Kesan reka bentuk roda pada seretan aerodinamik kenderaan penumpang” yang diterbitkan tiga tahun lepas, Noor Firdaus berkata: “25 peratus daripada seretan aerodinamik kenderaan disebabkan oleh rodanya, dan mencadangkan sesebuah (kenderaan) untuk dipasang rim berbagai-bagai reka bentuk hanya akan mengundang akibat (buruk) yang tidak dijangka, selain daripada hakikat bahawa (perkara ini) tidak pernah dibuat, sekurang-kurangnya oleh mana-mana individu yang munasabah.”

Sebaliknya, majistret tidak membenarkan tuntutan tayar tambahan itu kerana ia tidak mempunyai justifikasi. Saman Fahrurrazi terhadap Takaful Malaysia turut dibuang kerana telah ditentukan bahawa tiada hubungan undang-undang antara beliau dan syarikat itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply