ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Mitsubishi Lancer lawan arus sebabkan kemalangan ditahan polis

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry, di Seberang Perai, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Kita akan membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek untuk menjalani ujian darah dan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata terdahulu, pihaknya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry kira-kira pukul 2.15 petang.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu suspek di Jalan Chain Ferry masuk di laluan bertentangan secara tiba-tiba sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga kenderaan lain.

“Pelanggaran itu menyebabkan dua pemandu mengalami kecederaan dan salah seorang daripadanya sedang dirawat di hospital swasta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tanpa Nama

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply