ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi rempuh van dari belakang di Bandar Kinrara telah ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis telah menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang petang semalam. Menurut Berita Harian, dalam kejadian pada jam 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van cedera parah.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkanya kepada polis. Lelaki berkenaan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Pihak polis juga akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Rakaman video kemalangan yang tular di media sosial itu menunjukkan kereta Myvi terbabit dilihat dipandu laju dan turut hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

Sementara itu Azman berkata, pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Tambahnya lagi, setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply