ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi sebabkan kematian anggota TLDM dihukum penjara 6 tahun dan denda RM8k

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Johor Bahru, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah atas tuduhan dihadapi. Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga seorang pekerja kilang, membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kenderaan tiada cukai jalan serta insurans, selepas turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Nur Fatin kini menjalani prosiding pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan. Sabtu lalu, polis menahan wanita yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, hingga menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di lokasi kejadian. Rakaman kemalangan itu tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat secara meluas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply