ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Nissan Frontier alami serangan jantung sebelum merempuh pam minyak

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas merempuh dua kenderaan serta dua pam minyak di Teluk Gedung Indah dekat Klang kelmarin, dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian sekitar jam 9.25 pagi itu mangsa iaitu warga tempatan berusia 60 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Katanya, sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai penyelia tapak memandu kenderaan jenis Nissan Frontier sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Teluk Gedung Indah.

Mangsa bagaimanapun secara tiba-tiba diserang penyakit jantung dan menyebabkannya tertekan injak pemecut lalu bergerak terus ke arah stesen minyak sebelum merempuh sebuah kereta jenis Nissan dan Yamaha Y15ZR yang dinaiki lelaki berusia 22 dan 65 tahun.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Kedua-dua pemandu kereta dan penunggang motosikal yang berusia 22 dan 65 tahun itu tidak mengalami kecederaan kerana sempat mengelak. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, tiada kecederaan luar ditemui pada mangsa yang kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply