ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Nissan Sentra ‘lalok’ pelbagai jenis dadah jadi punca kemalangan ditahan

Tular

Views

Pemandu kereta jenis Nissan Sentra bersama penumpangnya yang menyebabkan kemalangan di Jalan Ipoh, Batu 5, di Kuala Lumpur, kelmarin ditahan selepas ujian air kencing didapati positif pelbagai jenis dadah.

Menurut KOSMO! ONLINE, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati, insiden pukul 12.30 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Nissan Sentra.

Lelaki tersebut telah terlelap dan melanggar bahagian belakang lori jenis Hino yang berada di hadapannya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Katanya, akibat perlanggaran tersebut, lori yang dilanggar itu telah bergerak ke hadapan dan melanggar bahagian belakang sebuah motosikal di lorong yang sama menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke jalan.

Bagaimanapun, dalam kemalangan tersebut tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penunggang kenderaaan yang terlibat.

Anggota polis trafik yang sampai ke tempat kejadian turut merasakan sesuatu mencurigakan daripada pemandu dan penumpangnya berusia 32 tahun kenderaan Nissan Sentra yang tidak sedarkan diri.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ekoran itu, kedua-duanya telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan telah menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

Menurut Eng lai, hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya adalah positif dadah jenis methamphetamine, ketamin, benzo (Erimine 5), amphetamine dan ganja (THC). Kedua-duanya telah ditahan dan disiasat oleh IPD Dang Wangi.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952, dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply