ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Ranger putih dakwa dirinya dipukul, 10 individu ‘geng konvoi supercar’ dipanggil beri keterangan

Berita Tempatan

Views

Polis memanggil 10 individu yang terbabit dalam konvoi kenderaan mewah untuk dirakam keterangan petang ini selepas bertindak memberhentikan kenderaan mereka di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan, Jumaat lalu.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, keterangan mereka akan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan berhubung insiden terbabit.

Katanya, ia berikutan wanita berusia 28 tahun yang memandu pacuan empat roda membuat laporan polis mendakwa dipukul individu yang berkonvoi kereta mewah berkenaan.

Tambahnya, berhubung isu tular iaitu konvoi kenderaan mewah yang menghalang laluan pada 18 Mac lalu, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow melakukan siasatan terperinci.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Seramai 10 individu akan dipanggil untuk memberi kenyataan petang ini berikutan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati antara 10 atau lebih individu terbabit dalam insiden kekecohan selain menghalang lalu lintas di lebuh raya berkenaan, Jumaat lalu.

Polis akan membuka tiga kertas siasatan mengikut kesalahan iaitu merusuh, menghalang lalu lintas serta memandu secara melulu. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, hasil siasatan awal mendapati punca insiden terbabit berlaku disebabkan wanita yang memandu pacuan empat roda Ford Ranger dipercayai panik sebelum berlaku perlanggaran.

Tambahnya, wanita berusia 28 tahun itu mendakwa turut dipukul pemandu kenderaan mewah itu.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Terdahulu, pemandu wanita berkenaan yang ditahan di pekarangan IPD Kulai pada 1 pagi semalam dan direman selama tiga hari selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Sabtu lalu, video kejadian terbabit tular di media sosial menunjukkan sebuah Ford Ranger dipandu secara berbahaya sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan salah sebuah kenderaan konvoi itu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara-Selatan menghampiri susur keluar Sedenak, di sini, pada 6.10 petang, 18 Mac lalu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Beng Yeow dilaporkan berkata, pemandu Ford Ranger itu cuba memotong konvoi Lamborghini secara zig zag sebelum berlanggar dengan salah sebuah kereta dalam konvoi berkenaan ketika cuba memasuki lorong kiri.

Disebabkan pelanggaran itu, konvoi Lamborghini berkenaan tidak berpuas hati lalu menghentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya sebelum berlaku perselisihan faham dengan pemandu Ford Ranger terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply