ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu teksi maut dipukul gara-gara berebut isi NGV

Berita Tempatan

Views

Satu lagi berita yang tular semalam adalah kes gaduh dua orang pemandu teksi hingga mengakibatkan salah seorang dari mereka maut, gara-gara berebut untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV). Harian Metro melaporkan, kejadian tersebut berlaku jam 11 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Saksi kejadian, Imran, 40 tahun berkata, ketika kejadian dia baru tiba di lokasi tersebut dan tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh. Mangsa yang berusia 61 tahun maut selepas dipercayai dipukul rakannya akibat tidak puas hati apabila salah seorang memotong barisan untuk mengisi NGV.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Imran berkata, ketika kejadian hanya terdapat dua teksi di pam NGV berkenaan dan tidak pasti punca pergaduhan. Jelasnya, berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan. Ketika itu dia baharu tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.30 pagi. Beliau berkata, mayat warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi itu ditemui terbaring di tempat kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun. Mohamed Mokhsein berkata, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk proses bedah siasat. Tambahnya, suspek yang berusia 65 tahun dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut.

Polis juga akan melakukan rakaman awal percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply