ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Toyota Vios hitam mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan pemandu Toyota Vios hitam yang terbabit kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang hingga menyebabkan kematian seorang penuntut kolej swasta telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi tadi.

M K Vaitheswaran, 21 tahun yang merupakan seorang pendandan rambut dibawa Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT) ke mahkamah dengan kenderaan polis jam 8.30 pagi. Dia dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mengambil kira keadaan jalan raya hingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20 tahun, pada 20 Januari lalu.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 selain hilang kelayakan lesen memandu. Tertuduh mengangguk faham namun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Jamaliah Abdul Manap.

Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amir Abdul Karim mulanya meminta tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 berikutan kesalahan dilakukannya adalah serius. Bagaimanapun, peguam tertuduh S Parameswaran merayu supaya jumlahnya dikurangkan kepada RM5,000 kerana hanya bapa tertuduh bekerja, selain perlu menyara isteri dan dua adik tertuduh.

Jamaliah kemudian membenarkan tertuduh dikenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin selain lesen memandunya digantung sehingga kesnya selesai. Tertuduh juga perlu melaporkan diri ke Balai Polis Trafik IPDSPT dalam tempoh berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply