ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu treler rempuh tiga kereta kena serangan jantung, disahkan meninggal dunia

Tular

Views

Polis Daerah Sungai Buloh menerusi satu kenyataan media di laman Facebooknya memberi penjelasan berhubung video tular kes kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan tiga buah kereta di Sungai Buloh, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, kejadian tersebut berlaku di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berdekatan dengan kilang Daikin.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Jelasnya, pemandu treler tersebut dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan kawalan lalu merempuh tiga buah kereta jenis Proton Persona, Proton Wira dan Perodua Viva yang diparkir di bahu jalan.

Tambahnya, pemandu treler tersebut telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah “Myocardial Infacrition“.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Pihak PDRM khususnya IPD Sungai Buloh menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati waris keluarga si mati.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut berhubung dengan kes ini masih disiasat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply