ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan AES tidak menepati prinsip “Maqasid Syariah” – Timbalan Ketua Pemuda Amanah

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Faiz Fadzil menyangkal kenyataan Naib Presiden parti itu , Hasanuddin Mohd Yunus yang menyifatkan pemasangan kamera AES dan saman jalan raya oleh kerajaan terdahulu menepati prinsip “maqasid syariah”.

Faiz yang juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Protes AES (ProtAES), pelaksaan AES tidak menepati prinsip “maqasid syariah” jika pelaksanaannya menekan hidup rakyat dan meningkatkan kadar keperitan hidup rakyat. Katanya, maqasid syariah bukan sahaja berpremiskan elemen nyawa tetapi juga harta.

Pelaksanaan AES ini akan mempunyai kesan ke atas kos sara hidup. Ketika ini rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kerajaan pula sedang berusaha keras mengurangkannya. Pelaksanaan AES sudah pasti bertentangan dengan perkara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Beliau yang juga ADUN Permatang Pasir berkata, secara alternatif kepada saman atau kompaun, pemandu yang melakukan kesalahan pertama boleh diberikan amaran dan beliau cadangkan kerajaan boleh mewajibkan pemandu yang mempunyai kesalahan berulang untuk menghadiri kelas pendidikan keselamatan pemanduan atau dikenakan kompaun.

Ini berbanding apa hukuman yang diamalkan kerajaan ketika ini, iaitu mengenakan kompaun tanpa diskaun, serta pemotongan mata demerit di bawah sistem Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sebagai hukuman kedua bagi kesalahan yang sama. Pelaksanaan dua kali hukuman bagi satu kesalahan yang sama melanggar prinsip ‘double jeopardy’ iaitu mengenakan dua hukuman bagi satu kesalahan.

Hukuman ini pasti membebankan pengguna jalan raya yang bergantung kepada penggunaan kenderaan sendiri dan kesan kehilangan pendapatan bagi pemandu kenderaan awam termasuk pemandu teksi, bas dan lori. Beliau turut mempertikaikan keberkesanan AES dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana tiada data yang menyokong dakwaan berkenaan.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply