ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan kamera AES tepati prinsip “Maqasid Syariah” – Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Berita Tempatan

Views

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasminya baru-baru ini, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat) yang juga merangkap Naib Presiden Parti AMANAH Negara berkongsi kesimpulan perbualan beliau bersama Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew Fook sebelum menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Presiden PPBM YB Tan Sri Datuk Hj Muhyiddin Yassin.

Antara intipati perbualan tersebut, antara kesimpulan yang beliau buat adalah pemasangan kamera AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu itu sendiri serta penumpang kenderaannya, keselamatan pengguna lebuhraya serta harta benda yang ada di atas lebuh raya itu adalah menepati prinsip “Maqasid Syariah”. Ini kerana jika tiada tindakan tegas dari kerajaan pemerintah, ia akan membuatkan pemandu leka dan seronok memandu dengan laju.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Tadbir urus yang baik (Good Governance) adalah asas yang sangat penting dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Ia akan memastikan kutipan saman tidak mengalir kepada syarikat swasta, malah kini ia menjadi hasil perbendaharaan negara. Kerajaan tidak menjadikan saman itu sebagai apa yang diidamkan tetapi sekadar ketegasan agar para pemandu berhati-hati ketika memandu.

YB Menteri Pengangkutan mengesahkan alat dan kamera yang digunakan mempunyai Sijil Kelulusan dan kadar kesilapan yang sangat minima. Ini sekaligus mampu mengelakkan sebarang penganiayaan dan kezaliman kepada pengguna. Walaupun telah ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan dalam urusan AES, rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akhirnya menghargai usaha murni ini.

Beliau percaya, sama seperti para perokok, mereka sedar asap rokok mereka sangat mengganggu orang di sekelilingnya. Kerajaan tidak membenci para perokok dan hanya membina keselesaan buat rakyat Malaysia yang menghargai kesihatan orang ramai. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. Dzulkifli Bin Ahmad dan warga kementeriannya.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply