ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan kerusi keselamatan bayi bakal diwajibkan pada 2020

Views

Astro Awani melaporkan kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata sebelum ia dilaksanakan secara mandatori, pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.

Tambah beliau lagi, sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), pihaknya mendapati industri ini belum bersedia kerana masih tidak cukup bekalan dan stok selain mahu memastikan kosnya lebih mampu milik.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-59, di sini, pada Selasa. Katanya pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MoF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.

Kata Loke lagi, diharapkan MOF menerima cadangan pihaknya dan sekiranya terdapat sebarang pengumuman positif, mereka berharap ia akan diumumkan Jumaat ini. Sementara itu, MAT MKJR ke-59 merupakan platform bagi anggota jawatankuasa untuk mengetahui dan menilai pengurusan keselamatan jalan raya pada setiap tahun serta membentangkan cadangan meningkatkan keselamatan jalan raya melalui forum dan sidang pleno. Antara anggota MKJR yang terlibat ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jom tonton video Cara memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul dari ENGEAR. Ketik butang ‘play’ untuk mainkan video di bawah.

Pentingnya Child Seat Dalam Kenderaan? - TIPS 101 #6 - ENGEAR Malaysia 2018

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply