ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan model Porsche buatan Kulim bermula tahun depan

Berita Tempatan

Views

Seperti yang pernah kami laporkan dalam artikel Februari lalu, Porsche hari ini mengesahkan yang pihaknya bakal memulakan operasi kilang pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah bermula tahun hadapan (2022) hasil usahasama dengan Sime Darby Berhad.

Malaysia juga bakal menjadi negara pertama di rantau ASEAN  mempunyai fasiliti pemasangan kereta Porsche dan kilang pemasangan pertama di luar Jerman ini hanyalah berskala kecil dan disasarkan bagi memenuhi permintaan domestik sahaja dengan beberapa model tertentu.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan Porsche bagi memperkukuhkan lagi kehadiran jenama tersebut di pasaran Asia Tenggara, selain mewujudkan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di pasaran terbesarnya, iaitu di China.

Menurut Ahli Lembaga Eksekutif Pengeluaran dan Logistik Porsche, Albrecht Reimold, kilang di Malaysia hanya akan memenuhi kepeluan pasaran tempatan dan meskipun ia merupakan satu projek mandiri (standalone) dengan kapasiti dan saiz yang kecil, ia membuktikan kesungguhan mereka untuk terus belajar serta menyesuaikan diri terhadap pasaran tempatan.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Porsche telah memanfaatkan kerjasama mereka dengan pengedar dan pengimport eksklusif kereta sports keluarannya, Sime Darby Berhad sejak sedekad lalu dan ini terbukti dengan peningkatan penyerahan kereta sebanyak sembilan peratus pada tahun 2020.

Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche, Detlev von Platen, berkata, Malaysia serta seluruh ASEAN merupakan rantau yang memiliki potensi yang hebat dan pihaknya sangat teruja untuk menantikan model pertama pemasangan tempatan yang bakal ditawarkan di negara ini pada tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply