ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembangunan kereta terbang kini di tahap 75 peratus

Berita Tempatan

Views

Nampaknya kita sudah semakin hampir untuk melihat kereta terbang pertama negara kerana menurut Berita Harian, pembangunan projek tersebut kini mencapai tahap 75 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata pembuatan dan inovasi kereta berkenaan adalah inisiatif syarikat persediaan dan dijangka bakal dibangunkan sebuah syarikat Malaysia yang disenaraikan di New York Stock Exchange.

Katanya, setakat ini, ada satu syarikat yang bersedia membangunkan kereta terbang namun, beliau tidak boleh mendedahkan nama syarikat berkenaan bagi mengelakkan sebarang spekulasi. Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui selepas pelancaran BXCESS, aplikasi yang memperkasakan Program Transformasi Usahawan Digital hasil inisiatif Fintech Capital Group Bhd (FCGB), semalam.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Tambah beliau, pihaknya mengharapkan inovasi itu dapat diterima dengan positif di kalangan peserta industri. Menurutnya, golongan muda dan kanak-kanak begitu teruja untuk melihat teknologi kereta terbang ini. Ketika ini, pihaknya hanya mahu mendapatkan penerimaan piawaian dan peraturan daripada agensi berkenaan bagi membolehkannya diterbangkan.

Sebelum ini, Mohd Redzuan berkata, prototaip kereta terbang pertama negara dijangka dilancarkan seawal Oktober depan. Mobiliti terbang itu antaranya menggunapakai teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI) yang sedang berkembang pesat.

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Pihaknya menjalin kerjasama dengan syarikat berkepakaran dalam industri berkenaan bagi memastikan teknologi digunakan selari dengan inovasi antarabangsa. Lebih menarik, prototaip kereta terbang berkenaan dibangunkan anak tempatan yang berfikiran jauh ke depan dan bertaraf global.

Kita nantikan kesudahan kisah kereta terbang pertama negara ini sambil menunggu bilakah prototaip kereta nasional ketiga diperkenalkan. Setakat ini, masih belum nampak bayangnya lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply